Baihakki Khaizan Menjadi Insan Terpilih Menunaikan Umrah Pasca Covid-19
Asia
Instagram @i.am.baihakki
Advertisements

Menerusi segmen Nindia Bola di Instagram Live pengulas sukan Hafizal Hamad tempoh hari, pemain pertahanan senior Singapura, Baihakki Khaizan berkongsi detik manis mengenai kisah dan pengalamannya melaksanakan ibadah Umrah dan ziarah di Mekah dan Madinah pasca Covid-19. Tatkala seluruh dunia sedang berdepan dengan wabak yang dahsyat ini, Baihakki Khaizan dan rakan sepasukannya iaitu Yasir Hanapi menjadi antara insan yang terpilih untuk mengerjakan ibadah di kota Mekah dan Madinah.

Pada awalnya, Baihakki ke Arab Saudi bersama skuad kebangsaan Singapura bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia 2022. Setelah saingan tamat, beliau tinggal bersama 3 lagi pemain kelab Tampines Rovers di Riyadh sementara menunggu ketibaan skuad Tampines Rovers yang bakal beraksi bagi saingan Asian Champios League. Sepanjang enam hari dalam tempoh menunggu itu, Baihakki tidak menyangka beliau direzekikan untuk menjadi tetamu Allah dan menganggap ini merupakan peluang terbaik yang pernah diperoleh dalam hidupnya.

Jika diikutkan kepada visanya, memang tiada peluang untuk beliau menunaikan umrah kerana visanya adalah visa bisnes dan bukan visa umrah. Akan tetapi takdir Allah menentukan, selepas beliau mencuba membuat permohonan, beliau berjaya mendapatkan pas pelepasan istimewa daripada pegawai kedutaan haji dan umrah di Mekah. “Saya rasa sebak. Saya diberi tag untuk pakai di tangan, dan saya dibenarkan keluar masuk Masjidil Haram, bila-bila anytime free access”, jelas Baihakki.

Advertisements

Beliau juga turut menceritakan pengalamannya sepanjang menunaikan ibadah umrah. Beliau menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana dapat melaksanakan ibadah dengan selesa, aman, tiada gangguan, dan suasana ketika itu sangat tenang kerana tidak ada ramai orang. Beliau juga sempat menziarahi beberapa tempat bersejarah, mendaki Jabal Nur, melawat Gua Hira iaitu tempat wahyu pertama diturunkan serta berpeluang ke Jabal Rahmah iaitu tempat Nabi Adam dan Hawa pertama kali dipertemukan di dunia. Baihakki turut berkongsi sirah Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar bersama labah-labah di Gua Thur. Tambahnya, beliau amat bersyukur kerana dapat solat berimamkan Imam Sudais ketika Solat Maghrib dan Solat Isyak di masjidil haram.

Ketika di Madinah, beliau banyak meluangkan masa bermunajat di Masjid Nabawi. Beliau juga dapat singgah ke makam Nabi Muhammad dan beribadah dengan tenang di Raudhah. Katanya, suasana di sana sunyi dan nyaman tiada orang. Sungguh beruntung kerana Raudhah merupakan tempat yang susah untuk masuk dan tak semua orang terpilih untuk beribadah di dalam Raudhah. Baihakki turut menceritakan pengalamannya di kubur Baqi ketika beliau dapat menolong untuk mengusung dan menguruskan jenazah di sana.

Baihakki berhasrat dan dalam perancangan untuk membuka agensi pelancongan. Beliau bercita-cita besar ingin membawa rakan-rakan pemain bola sepak yang lain menunaikan umrah bersama. Beruntung Baihakki kerana menjadi insan terpilih, menunaikan ibadah umrah di pasca covid ini. Banyak hikmah dan keistimewaan yang beliau perolehi dan rasai. Jika anda rindukan suasana di Makkah dan Madinah, bolehlah jenguk-jenguk di highlight profil Instagram Baihakki Khaizan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram