Rekrut terbaru Liverpool, Hugo Ekitike secara tidak sengaja mengakui bahawa beliau menyokong Manchester United.
Klip video jawapan ringkas beliau itu dikongsikan seorang pengguna X bernama Lea_EFC baru-baru ini.
Video tersebut menunjukkan penyerang berusia 23 tahun itu ditanya tentang kelab mana yang disokongnya oleh seorang penyokong Eintracht Frankfurt.
Ekitike hanya ketawa sambil menjawab, “Manchester United.” Klip video tersebut turut menjadi bahan ketawa peminat bola sepak lain.
Ekitike menyertai Liverpool dari Frankfurt dengan yuran perpindahan €95 juta (RM468 juta). Perpindahan tersebut turut disahkan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.
Sebelum menyertai The Reds, juara Carabao Cup, Newcastle United juga dilaporkan berminat mendapatkan Ekitike.
Walau bagaimanapun, The Magpies kemudiannya menarik diri selepas mengetahui minat juara liga musim 2024/25. Ini ditambah dengan usaha mereka melindungi Alexander Isak daripada menjadi sasaran pasukan yang dibimbing Arne Slot itu.
Ekitike menjadi rekrut keenam Slot untuk musim 2025/26. Sebelum ini, Liverpool turut mendapatkan Florian Wirtz, Jeremie Frimpong, Milos Kerkez, Armin Pecsi dan Freddie Woodman.