Bakat Kobe Chong Tidak Dihargai Di Eropah?
Dunia
Telford United
Advertisements

Pemain sensasi Malaysia-England, Kobe Chong berkemungkinan tidak akan kekal beraksi Di Eropah setelah dikhabarkan bergelar ejen bebas.

Bintang muda berusia 21 tahun itu merupakan antara pemain masa depan buat Malaysia setelah beberapa tahun berjaya menempatkan diri dalam kancah bola sepak Eropah di beberapa negara.

Namun begitu, beliau dikesan mula kehilangan tempat selepas dilepaskan oleh bekas kelabnya, Peterborough yang beraksi dalam saingan divisyen kedua di sana.

Advertisements

Kobe yang juga bekas pemain bawah 17 tahun kelab gergasi Itali, Cagliari FC terpaksa turun ke liga bawahan dan beraksi bersama sebuah kelab divisyen ke-6, AFC Telford United.

Pemain tengah menyerang ini bagaimanapun beraksi hampir 6 bulan sahaja di sana dan mula dikaitkan dengan perpindahan keluar.

Menerusi satu info oleh laman penyokong bebas di Eropah, Kobe kini bergelar ejen bebas namun mempunyai bakat yang cukup luar biasa.

Advertisements

“Sungguh dahsyat jaringan Kobe Chong yang kini menjadi ejen bebas. Beliau mempunyai bakat yang cukup hebat. Lihat aksinya kerana kita telah melihat perubahan padanya”

Ini sekaligus mencetuskan tanda tanya mengenai masa depannya sekaligus bakal membuka ruang kepada pasukan di Liga Malaysia sekiranya mahu mendapatkan khidmatnya.

Walau bagaimanapun, status sebenar pemain ini masih tidak dapat dipastikan sehinggalah pengumuman rasmi dibuat oleh kedua-dua pihak.

Advertisements

Kobe Chong sudah beraksi hampir 14 perlawanan sejak menyertai kelab tersebut pertengahan tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram