Sejak kebelakangan ini, beberapa pemain bola sepak Amerika Syarikat semakin dikenali ramai. Walaupun bola sepak bukanlah sukan utama di Amerika Syarikat, beberapa bakat muda di sana mula menempat negara terbesar kes Covid-19 tersebut sebagai negara yang aktif menghasilkan bakat-bakat baharu.
Berikut antara pemain bolasepak Amerika Syarikat yang bermain di peringkat tertinggi ketika ini.
Christian Pulisic (Chelsea)
Pemain sayap kiri ini menjadi bualan ramai apabila menyertai Chelsea dari Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan €64m.

Dalam 127 penampilan, Pulisic telah mencuri perhatian ramai dengan menjaringkan 19 gol dan 26 assists untuk kesemua pertandingan di Dortmund.
Konsistensi Pulisic dalam menjaringkan gol dan mencipta assist antara sebab Chelsea sanggup berbelanja besar buat pemain berusia 22 tahun ini.
Weston McKennie (Juventus)
Beraksi dalam Bundesliga, McKennie telah menjadi pemain tetap untuk pasukan Schalke 04.
Dengan kemampuan mengawal bola yang baik ditambah dengan ketinggian 185cm sebagai pemain tengah, tidak hairan kelab Eropah memantau beliau.

Baru berusia 22 tahun, Andrea Pirlo melihat McKennie mampu mengemudi jentera tengah Juventus.
McKennie menyertai Juventus secara pinjaman pada musim panas lalu dengan pilihan untuk dibeli secara tetap pada akhir musim 2020/2021.
Josh Sargent (Werder Bremen)

Sargent telah menjadi pemain utama buat skuad Werder Bremen Ketika ini. Penyerang berusia 20 tahun ini juga telah menjaringkan 5 gol dalam 12 kaps bersama USMNT.
14 gol dan 9 assist dalam 60 penampilan Bersama skuad senior Werder Bremen bukanlah sesuatu yang biasa bagi pemain muda ini.
Tyler Adams (RB Leipzig)
Jaringan Tyler Adams ke atas Atletico Madrid sewaktu suku akhir Liga Juara-Juara Eropah melayakkan RB Leipzig ke separuh akhir.

Berusia 21 tahun, Adams mampu bermain di bahagian tengah bertahan dan juga di bahagian pertahanan kanan. Dibeli dari NY Red Bulls, pemain ini semakin mendapat tempat di hati penyokong RB Leipzig.
Walaupun Adams lebih kepada Defensive player, dia juga mampu menjaringkan gol dengan rekod 7 gol dan 12 assists sepanjang penampilannya dalam bola sepak.
Gio Reyna (Borussia Dortmund)

Anak kepada legenda terkenal, Claudio Reyna telah memukau para peminat bola sepak Bundesliga. Gio Reyna telah menjaringkan 2 gol dan 4 assists dalam semua pertandingan musim 2020/2021.
Aksi luar biasa Reyna pada musim ini menyebabkan beliau berjaya mengetepikan pemain seperti Julian Brandt, Reinier dan Thorgan Hazard untuk mendapat lebih minit permainan.
Berada di Dortmund, Gio Reyna yang baru berusia 17 tahun sememangnya berada di landasan yang tepat untuk mengasah lagi bakat beliau.
Sergino Dest Barcelona)
Pemain muda 19 tahun ini baru sahaja menyertai Barcelona pada musim panas lalu. Merupakan pemain akademi Ajax, sudah tentu pemain ini mempunyai potensi yang besar.

Pemain pertahanan kanan tersebut dibeli bagi membentuk skuad baharu Barcelona di bawah Ronald Koeman.
Dest dibeli dengan harga €21m dan baru melakukan 1 penampilan bersama Barcelona.
Penutup
Bakat-bakat muda ini menunjukkan bahawa US akan memberi saingan yang hebat dalam arena bola sepak antarabangsa yang mendatang. Ini bakal membuka episod baru bagi US yang gagal beraksi pada Piala Dunia 2018 yang lalu.