Bakri Ibni: Luqman Hakim Mampu Jadi Lebih Baik Daripada Ikhsan Fandi
Dunia
FAM-FAS
Advertisements

Lagenda bola sepak negara, Bakri Ibni berpendapat penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin perlu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan kariernya di eropah.

Bakri tidak mahu melihat karier Luqman bersama kelabnya di Belgium, KV Kortrijk terus tenggelam kerana tidak diturunkan dalam aksi kompetitif.

Jelas Bakri, apa yang membantutkan pembangunan Luqman adalah apabila kurangnya minit permainan dan ianya sekali gus mengurangkan tahap keyakinan pemain muda negara itu.

Advertisements

“Demi masa depan dia, Luqman (Hakim Shamsudin) kena keluar cari kelab yang boleh beri dia minit permainan.

“Luqman antara pemain yang saya lihat ada bakat pemberian tuhan yang jarang ada pada anak Malaysia.

Advertisements

“Satu kerugian kalau duduk di sana (Belgium) tiga tahun tapi langsung tak diberi peluang beraksi. Intensiti latihan dan perlawanan berbeza, jadi Luqman perlu minit permainan lebih dalam aksi kompetitif,” katanya.

Tambah Bakri lagi, Luqman mampu jadi lebih tajam daripada penyerang Singapura, Ikhsan Fandi yang dilihat sangat klinikal di hadapan gawang.

Advertisements

“Sebab itu perlukan minit permainan. Jika Luqman berlatih di Eropah dan sering bermain, saya percaya Luqman boleh jadi penyerang utama negara walaupun usianya masih muda,” katanya.

“Mungkin lebih baik daripada penyerang Singapura atau penyerang lain dari rantau ini. Luqman kena keluar dan cari kelab yang boleh beri dia minit permainan sebelum umur 25 tahun. “Kalau tidak kita akan kerugian. Luqman harus buat keputusan demi kebaikan dirinya,” katanya kepada Arena Metro.

Advertisements

Untuk rekod, Luqman Hakim hanya merekodkan satu perlawanan kompetitif bersama KV Kortrijk pada musim 2020. Perlawanan menentang RSC Anderlecht itu menyaksikan beliau masuk selaku pemain gantian dan berakhir dengan kekalahan buat KV Kortrijk dengan keputusan 1-3.

Bersama Harimau Malaya, Luqman sudah mengumpul 8 penampilan namun masih buntu untuk menjaringkan gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram