Bale, Mbappe & Pogba Antara 539 Pemain ‘Percuma’ 2022
Dunia
Getty Images
Advertisements

Dengan jendela perpindahan Januari 2022 semakin hampir, 539 orang pemain Eropah berpotensi menandatangani pra-kontrak dengan kelab-kelab lain. Ini termasuk Paul Pogba, Kylian Mbappe dan Gareth Bale. Melainkan mereka dapat dijual pada bulan hadapan, kelab-kelab mereka tiada kuasa menghalang pemain-pemain ini berbuat demikian.

Pemain yang berpindah secara percuma (perpindahan Bosman) bukan perkara baru dalam dunia bola sepak. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa pemain ternama menggunakan cara ini untuk berpindah ke kelab lain. Ini memaksa kelab-kelab membuat potongan diskaun pada yuran perpindahan pemain semasa jendela perpindahan Januari bagi memastikan ada pulangan kewangan untuk khidmat pemain sebegini.

Di posisi penjaga gol, dua nama yang menonjol ialah Sam Johnstone (West Bromwich Albion) dan Hugo Lloris (Tottenham Hotspur). Sekiranya West Brom gagal kembali ke EPL musim ini, bekas graduan akademi Manchester United itu boleh memilih beberapa kelab yang mengintai khidmatnya. Ironinya, ini termasuk Spurs yang dilihat tidak menawarkan kontrak baru kepada penjaga gol Perancis itu. Lloris dijangka pulang ke Perancis pada akhir musim dengan posisi nombor satu kelab berkemungkinan diisi oleh Johnstone.

Advertisements

Di bahagian pertahanan, kuartet Chelsea iaitu Antonio Rudiger, Andreas Christensen, Cesar Azpilicueta dan Thiago Silva mula menarik perhatian kelab-kelab lain. Rudiger khabarnya diintai oleh Manchester United, Real Madrid dan Bayern Munich selepas gagal mempersetujui terma kontrak ditawarkan Blues. Mengikut beberapa laporan, mana-mana kelab yang mahukan khidmat Rudiger perlu bersedia menawarkan gaji yang tinggi.

Perkara sama turut menimpa Christensen dengan khidmatnya diintai Barcelona menerusi perpindahan percuma. Sementara Silva pula masih belum memutuskan sama ada memperbaharui kontrak dengan Chelsea atau tidak. Walaupun sudah berusia 37 tahun, ketenangannya mengawal pertahanan dipuji ramai peminat. Sementara kapten Azpilicueta mula tersisih selepas Reece James dipilih sebagai bek kanan utama. Seperti Christensen, Blaugrana juga memburu khidmatnya untuk mengukuhkan pertahanan mereka.

Di bahagian tengah, tidak sah jika tidak menyebut nama Pogba dan Bale. Pogba kelihatan akan meninggalkan United secara percuma buat kali kedua selepas gagal mendapat kontrak yang dimahukan. Juventus dikhabarkan bersedia menerima pemain tengah Perancis itu. Sementara Real pula tidak berminat menyambung kontrak Bale yang diselubungi masalah kecederaan selama beberapa tahun.

Advertisements

Selain Pogba dan Bale, Luka Modric dan Axel Witsel juga dijangka meninggalkan kelab masing-masing pada akhir musim. Dengan kedua-duanya berstatus pemain veteran di Real Madrid dan Borussia Dortmund, maka molek bagi kedua-duanya berpindah agar dapat meneruskan saki-baki karier bola sepak mereka.

Di bahagian serangan, nama Mbappe sudah tidak asing lagi. Walaupun sudah dipujuk oleh Paris Saint Germain untuk menandatangani kontrak baru, ia ditolak oleh graduan akademi AS Monaco itu. Mbappe dikatakan mahu memeterai pra-kontrak dengan Real Madrid. Sekiranya rancangan ini berjaya, Los Blancos mahu memadankannya dengan penyerang Dortmund, Erling Haaland.

Satu lagi penyerang yang mahu mencari angin baru ialah Paulo Dybala (Juventus). Walaupun dianggap tonggak utama La Vecchia Signora, kegagalan mendapatkan persetujuan kontrak baru sejak musim lepas menyebabkan Juventus kini bersedia melepaskannya secara percuma. Sebelum ini, Dybala pernah dikaitkan dengan Manchester United dan Tottenham. Dengan Antonio Conte sebagai pengurus Spurs, mungkinkah kedua-duanya kembali bekerjasama Januari ini? Kita hanya perlu tunggu dan lihat…

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram