Balotelli Rasmi Sertai Kedah
Dunia
KDA FC
Advertisements

Bekas penyerang Jeonnam Dragons, Jonathan Balotelli secara rasminya diumumkan selaku pemain import baharu pasukan hari ini.

Pemain berusia 33 tahun itu hangat diperkatakan apabila terdapat beberapa video teaser daripada kelab yang menjadi perhatian.

Hal ini susulan persamaan namanya dengan seorang lagi bekas pemain Liverpool dan Manchester City, Mario Balotelli.

Advertisements

Nafuzi Zain dilihat serius mahu menajamkan lagi jentera serangan pasukan apabila memilih pemain kelahiran Brazil ini selaku pemain import baharu musim 2023.

Balotelli memiliki pengalaman yang cukup luas dalam arena bola sepak Asia kerana pernah berkelana bersama beberapa kelab di Asia.

Sepanjang berkelana di K League 2, bekas pemain Al-Gharafa ini sudah pun meledak 20 gol dan mencatatkan 7 bantuan gol dalam 60 penampilan di sana.

Advertisements

Pengalaman dan juga kudrat beliau sudah tebtu menjadi taruhan Kedah dalam misi memburu kejuaraan pada musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram