Balotelli Selangkah Sertai Kedah ?
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kedah Darul Aman FC dalam perancangan mengumumkan import baharu yang bakal memperkuatkan pasukan menjelang musim 2023.

Pasukan kendalian Nafuzi Zain ini sedang rancak mengatur langkah bagi memastikan perjalanan musim baharu ini berjalan dengan lancar.

Gergasi Hijau Kuning telah meraih perhatian ramai apabila membawa masuk beberapa pemain tempatan berkualiti dan juga pemain import berprofil hebat pada jendela perpindahan kali ini.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pengumuman rasmi mengenai pemain baharu Kedah ini amat dinanti-nantikan selepas video teaser yang tersebar luas ini menjadi bualan ramai.

Semalam, laman rasmi Kedah telah memuat naik satu video yang memaparkan sebuah lori sedang melakukan transit yang difahamkan membawa maksud terhadap kehadiran seorang pemain baharu.

Advertisements

Ini turut disusuli dengan satu lagi hantaran pada hari ini dengan kata-kata “Why Always Me” sekaligus memberi bayangan bahawa pemain yang dibawa masuk itu ialah Balotelli.

Bekas pemain Jeonnam Dragons ini telah pun tamat kontrak bersama kelab J League 2 itu dan kini difahamkan bakal menyertai Kedah dalam saingan Liga Super.

Advertisements

Pemain berusia 33 tahun kelahiran Brazil ini ditagih bagi menajamkan lagi jentera serangan pasukan berbekalkan pengalaman beraksi dalam beberapa liga di Asia termasuklah Qatar, Korea Selatan dan banyak lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram