Advertisements
Bambang Pamungkas, Brian Fuentes Dan Baihakki Khaizan Bangga Dengan Kejayaan Shukor Adan
Dunia
MakanBola
Jamhari Sabian

Tiga bekas pemain import yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia suatu ketika dahulu, Bambang Pamungkas, Baihakki Khaizan dan Brian Diego Fuentes mengucapkan tahniah dan syabas kepada Shukor Adan selepas berjaya membawa pasukan diangkat sebagai juara.

Shukor yang memaklumkan persaraannya selepas pasukan KL City FC menjuarai Piala Malaysia 2021 telah dihubungi tiga pemain ini. Menurut Shukor, Bambang pamungkas ada meninggalkan mesej ucapan tahniah menerusi lnstagram.

“Bambang ada mesej saya, dia kata agak-agak la kapten, member belum keluar dah nak masuk,” seloroh Bambang yang perasan ‘drama’ ketika kemasukan Shukor ke padang, final kelmarin. “Bambang turut ucap tahniah dan selamat maju jaya kepada saya,” ujar Shukor.

Sementara itu, dalam IG Live Hafizal Hamad semalam, Baihakki Khaizan turut serta bersama Shukor dan Hafizal. Pemain senior Singapura itu dilihat sangat gembira dan teruja dengan kejayaan Shukor sebelum bersara.

“Saya insyaAllah akan bersara. Semalam saya tengok final tu masa second half. Bila saya tengok dah minit ke-93, saya tertunggu-tunggu. Saya rasa ini memang untuk awak. Semua orang nak bersara macam awak. Sepanjang saya main dari muda, saya amat berterima kasih dapat bermain dan berkawan dengan awak. Terima kasih dan all the best Shukor.”

Tidak ketinggalan, bekas lagenda Selangor, Brian Diego Fuentes turut bersama dalam live malam semalam. Pemain yang pernah menghadiahkan trofi ‘Treble’ buat Selangor pada tahun 2005 itu turut terharu Shukor berjaya tamatkan kariernya dengan trofi kejuaraan.

“Saya tengok berita Shukor di Instagram, beliau berjaya tamatkan karier dengan kejuaraan. Shukor adalah kawan yang sangat baik, pemain yang bagus dan hubungan kami sangat akrab. Shukor adalah fighter seperti saya. Orang yang baik layak untuk mendapat kejayaan sebegini. Saya gembira untuk dia.”

Kejayaan Shukor yang menamatkan kariernya dengan trofi kejuaraan adalah antara detik-detik terindah dalam bola sepak Malaysia. Pengorbanan Shukor selama 24 tahun dalam bola sepak tempatan pastinya akan terus dikenang sepanjang zaman.