Bangladesh & Indonesia Beradu Sebagai Persediaan Hadapi Malaysia
Blog
dhakatribune
Advertisements

Pasukan bola sepak kebangsaan Bangladesh dijangka akan beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang Indonesia pada 1 Jun depan sebagai satu persediaan dan persiapan mereka untuk kempen peringkat kumpulan dalam kelayakan Piala Asia AFC 2023 yang akan diadakan di Malaysia.

“Kami akan bermain perlawanan persiapan menentang Indonesia pada 1 Jun di Kota Bandung sebelum pasukan itu terbang ke Malaysia,” kata pengerusi jawatankuasa bola sepak kebangsaan Kazi Nabil Ahmed seperti yang dilaporkan oleh newagebd.

Nabil memaklumkan pasukan itu akan memulakan kem latihan di Bangladesh pada 16 Mei dan dijangka berlepas ke Indonesia pada 27 Mei.

Advertisements

Nabil, yang juga naib presiden Persekutuan Bola Sepak Bangladesh (BFF), bercakap kepada media selepas mesyuarat jawatankuasa pasukan kebangsaan yang telah diadakan pada Khamis.

Bangladesh yang kini berada di ranking ke-188 dunia dijadualkan beraksi bersama tiga lagi pasukan dalam Kumpulan E kelayakan Piala Asia. Tiga pasukan yang bakal ditentang mereka ialah Bahrain, Turkmenistan dan tuan rumah Malaysia. Semua perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur masing-masing pada 8, 11 dan 14 Jun.

Bangladesh setakat ini telah bermain dua perlawanan persahabatan sejak jurulatih Sepanyol, Javier Cabrera memegang jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaan pada Februari 2022.

Advertisements

Bangladesh tewas kepada tuan rumah Maldives 0-2 sebelum mencatatkan seri tanpa jaringan menentang Mongolia pada 24 dan 29 Mac lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram