Advertising
“Banyak Kerja Rumah Saya Perlu Buat” – Nidzam Jamil
MakanBola
Selangor FC

Nidzam Jamil selaku ketua jurulatih Selangor FC mengakui dirinya perlu mencari jalan bagi mengatasi isu pertahanan Selangor yang kerap dibolosi dalam beberapa aksi yang lalu.

Selangor tewas tipis 3-2 kepada Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024/2025.

Ad

Kekalahan tersebut merupakan kekalahan ketiga Selangor untuk musim ini dan semuanya berlaku di gelanggang lawan iaitu ketika menentang Kuching City, KL City dan terbaru pasukan Terengganu.

Ad

Nidzam Jamil berpandangan jentera serangan Terengganu cukup ampuh pada perlawanan tersebut dan yakin anak buahnya mampu mencipta sesuatu pada aksi kedua kelak di Stadium MBPJ.

“Terengganu mempunyai kekuatan dalam menyerang tetapi kita juga bangga dengan komitmen pemain Selangor.

Ad

“Kita ada 90 minit lagi dan kita perlu positif dan saya sangat positif perlawanan di MPBJ nanti lebih menarik untuk ditonton.

Ad

“Kita kalah di KL dan Kuching sebelum ini, kekalahan di tempat lawan bukan membimbangkan tetapi perkara yang perlu kita atasi.” ujar Nidzam Jamil.

Ad

Jurulatih itu turut mahu memperbaiki aspek pertahanan pasukan agar tidak mudah dibolosi bagi perlawanan yang akan datang.

“Awal dua tiga perlawanan kita tidak bolos tetapi beberapa perlawanan lalu ia sering terjadi, satu gol dan dua gol.

“Saya hormat pasukan Terengganu, ada satu gol dari sepakan percuma, satu gol dari luar kotak penalti dan satu gol dari Akinade menggunakan fizikalnya. Kita kena mengatasi masalah-masalah yang mereka akan berikan.

“Sudah tentu banyak kerja rumah yang saya perlu buat untuk pastikan pemain-pemain semua dapat satu maklumat dan juga satu fikiran yang sama untuk perlawanan akan datang.” tambah beliau lagi menurut Harimau Malaya.

Selangor telah dibolosi dalam 5 perlawanan terakhir berturut-turut ketika ini setelah merekodkan tiga perlawanan awal Liga Super tanpa dibolosi pihak lawan.

Selangor akan menentang Terengganu pada 3 Ogos kelak untuk perlawanan kedua separuh akhir Piala FA dan sebelum ini skuad Gergasi Merah akan menerima cabaran Penang dan Sri Pahang bagi aksi Liga Super.