Barcelona Mula Mencari Ramuan Baharu Selesai Kemelut Pasukan
Dunia
instagram: @xavi
Advertisements

Pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan telah menjumpai calon jurulatih ‘idaman’ yang dirasakan berpotensi bagi menggantikan jurulatih sedia ada mereka, Ronald Koeman. 

Antara nama besar yang disebut-sebut ialah Roberto Martinez yang kini sedang mengemudi skuad antarabangsa Belgium. Selain itu, pasukan tersebut sedang berusaha untuk memancing lagenda kelab, Xavi Hernandez yang hangat diperkatakan bagi mengambil alih tempat Ronald Koeman menurut Football Espana

Hal ini berlaku berpunca dari prestasi permainan merudum yang ditunjukkan oleh anak buah Ronald Koeman sejak kedatangan beliau Ogos yang lalu termasuklah ketumpulan jentera serangan sejak Lionel Messi meninggalkan kelab.

Advertisements

Selain itu, kekalahan yang memalukan ketika menentang Bayern Munich dengan jaringan 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara serta keputusan seri dengan jaringan 1-1 menentang pasukan yang berkedudukan no 18 dalam saingan La Liga, Granada mengeruhkan lagi keadaan.

Keputusan itu membuatkan ramai orang hanya menuding jari kepada jurulatih berusia 58 tahun itu. Malah, situasi Koeman dengan presiden Barcelona, Joan Laporta kelihatan tegang sejak kebelakangan ini. 

Menurut laporan jurnalis dari Sepanyol, kedua-dua calon tersebut mempunyai hubungan baik dengan Ketua Pencarian Bakat Antarabangsa Barcelona, Jordi Cruyff. Selain itu, beliau juga adalah penasihat rapat kepada Joan Laporta. 

Advertisements

Nama Xavi sedang hangat disebut oleh kerana terdapat beberapa orang yang rapat berhubung dengan Laporta telah meyakinkan bahawa Xavi adalah pilihan terbaik untuk memimpin skuad Barcelona selepas Ronald Koeman.

Dalam pada itu, Barcelona akan ditimpa masalah besar jika melantik Roberto Martinez oleh kerana jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada Persatuan Persekutuan Bola Sepak Belgium adalah sangat tinggi. 

Menurut keterangan lanjut, Ronald Koeman akan terus menjadi jurulatih Barcelona untuk perlawanan mereka yang akan datang menentang Cadiz bagi saingan La Liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram