Barcelona Pening Cari Pembeli Antoine Griezmann
Eropah
Getty Images
Advertisements

Antoine Griezmann (30) kini masih kekal di Barcelona namun The Catalan menjadikan beliau sebagai salah satu pilihan untuk dijual demi mengekalkan Messi.

Barcelona yang berada dalam kondisi defisit yang teruk perlu menjual beberapa pemain untuk mengimbangi kewangan kelab sekaligus mengekalkan Messi dan melepasi syarat Financial Fair Play (FFP) La Liga dan UEFA.

Barcelona Pening Cari Pembeli Antoine Griezmann

Musim perpindahan musim panas semakin menghampiri penghujungnya dan Barcelona dikhabarkan mempunyai nawaitu untuk menjual pemain sensasi Perancis, Antoine Griezmann.

Advertisements

Sehingga kini Barcelona masih berpinar mencari pembeli dan kelab baru buat Griezmann namun segalanya seperti tidak menjadi apabila perbincangan dengan beberapa pihak menemui jalan buntu.

Terbaru, Barcelona hampir menukar Griezmann dengan Saul Niguez dari Atletico Madrid dan perbincangan awal berjalan dengan sangat lancar.

Advertisements

Namun akhirnya menemui jalan buntu apabila Atletico Madrid tidak mahu memberikan sebarang wang tambahan untuk pertukaran ini seperti yang dilaporkan Marca.

Walaubagaimanapun perbincangan kedua-dua kelab masih berjalan dan Barcelona turut mencari alternatif terbaik untuk melepaskan Griezmann dalam keadaan yang menguntungkan kesemua pihak.

Advertisements

Griezmann sebelum ini menjaringkan hampir 100 jaringan bersama Atlético Madrid sebelum membuat keputusan berpindah ke Barcelona.

Beliau tutut mengetepikan pilihan perpindahan ke Manchester United dan memilih Barcelona sebagai kelab terbaik buatnya mengembangkan kariernya.

Advertisements

Kini pemain dengan gaji antara tertinggi di Barcelona ini masih kekal di Barcelona dan ia sebenarnya memberikan sedikit masalah buat the Catalan memandangkan Barcelona mengalami masalah defisit kewangan yang teruk untuk mengekalkan Messi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram