Eropah
Photo: Getty Image
Advertisements

Pada hari terakhir perpindahan pemain, Antoine Griezmann melakukan kejutan apabila kembali pulang ke Atletico Madrid secara pinjaman. Barcelona turut melepaskan 2 pemain mereka dalam usaha memulihkan krisis kewangan kelab.

Kepulangan semula Griezmann akan menambahkan lagi kualiti bahagian serangan Atletico Madrid. Walaupun sudah berusia 30 tahun, keserasian pemain ini dengan corak permainan Atletico akan memberi kelebihan dan peluang untuk Griezmann kembali menyerlah.

Dijual dengan nilai €130 juta kepada Barcelona, kini Griezmann kembali secara pinjaman dengan syarat pembelian wajib sebanyak €40 juta pada akhir musim ini. Transaksi yang jelas menguntungkan Atletico namun Barcelona turut meraih keuntungan dalam mengurangkan beban gaji Griezmann yang terlalu tinggi.

Advertisements
emerson royal Barcelona Pinjamkan Griezmann Ke Atletico, Jual 2 Pemain Untuk Pulihkan Kewangan Kelab
Emerson Royal bermain di posisi pertahanan kanan

Selain itu, Barcelona turut menjual Emerson Royal kepada Tottenham walaupun pemain tersebut baru menyertai kem Catalan 2 bulan lepas. Barcelona meraih €25m menerusi penjualan Emerson malah pemain tersebut menyertai Barcelona dengan harga sekitar €14m sahaja.

Bintang muda yang bermasalah, Ilaix Moriba pula dijual kepada RB Leipzig dengan harga €25m. Pemain berusia 18 tahun tersebut menginginkan tawaran gaji yang tinggi namun ekoran masalah kewangan Barcelona, kelab tersebut mengambil keputusan untuk melepaskan bakat muda tersebut.

Moriba menyertai RB Leipzig bagi mengisi kekosongan Marcel Sabitzer

Barcelona turut sempat mendapatkan Luuk de jong daripada Sevilla secara pinjaman bagi menampung pemergian Griezmann ke Atletico. Krisis kewangan Barcelona turut memberikan peluang buat produk La Masia memecah masuk skuad utama seperti Pedri, Gavi, Nico dan Riqui Puig ekoran kelab tidak boleh berbelanja besar

Advertisements

Barcelona kini dalam proses memulihkan kembali krisis kewangan mereka dan kelab berjaya mencatat sekitar €60m menerusi penjualan pemain malah bakal menerima €40m musim hadapan (perpindahan Griezmann).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram