Advertisement
Barcelona Terpaksa Akur Kepada Bayern
UEFA Champions League
MakanBola
fcbayern

Skuad kendalian Xavi Hernandez terpaksa akur apabila tewas 0-3 di tangan Bayern dalam aksi terakhir bagi peringkat kumpulan E dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Bayern Munich menang dengan bergaya menerusi jaringan Thomas Muller, Leroy Sane dan Jamal Musiala. Ia sekaligus meletakkan Bayern sebagai juara kumpulan dengan 18 mata.

Thomas Muller membuka jaringan pada minit ke-37 permainan dimana beliau berjaya menandukkan kemas menerusi hantaran lintang daripada Lewandoski. Selang 10 minit permainan, percubaan berani Leroy Sane dari luar kotak penalti menatijahkan gol kedua buat pasukan Bayern Munich.

Pada minit ke-67 permainan, Bayern menambah satu gol menerusi pemain muda berbakat, Jamal Musiala selepas menerima hantaran pendek daripada Alphonso Davies. Pasukan Barcelona terus gagal menembusi pertahanan pasukan Bayern sepanjang 90 minit permainan.

Perlawanan kekal dengan keputusan berpihak kepada Bayern sekaligus menghantar pasukan Barcelona turun ke Liga Europa untuk saingan seterusnya nanti.

Bayern Munich kini menjadi pasukan kedua selepas Real Madrid yang memenangi kesemua enam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara sebanyak dua kali.