Barcelona Tolak Tawaran Manchester United Untuk Dapatkan Frenkie de Jong
Dunia
Barca Universal / Imago
Advertisements

Desas-desus perpindahan pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong yang akan berhijrah ke Manchester United sudah bertebaran sejak Erik Ten Hag disahkan akan mengendalikan skuad Manchester United pada musim hadapan.

Perpindahan de Jong ke Old Trafford kini bukan lagi sekadar gosip apabila pihak pengurusan United sudah memulakan langkah untuk mendapatkan pemain tengah dari Belanda itu.

Tawaran pertama yang dibuat oleh United untuk mendapatkan khidmat de Jong adalah sebanyak 60 juta pound berserta 10 juta pound tambahan. Namun tawaran itu telah ditolak oleh pihak Barcelona seperti dilaporkan wartawan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano.

Advertisements

Frenkie de Jong tiba di Barcelona daripada Ajax dengan yuran perpindahan 86 juta pound. Barcelona dikhabarkan meletakkan tanda harga 85 juta pound kepada United jika benar-benar serius mahu mendapatkan khidmat de Jong.

United dan Barcelona masih lagi berhubung mengenai de Jong dan dijangkakan akan ada tawaran yang lebih tinggi menyusul dari United. Manakala de Jong tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai masa depannya dan hanya menunggu keputusan yang terhasil daripada perbincangan di antara kedua-dua kelab ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram