Barisan Pemain JDT Laku Keras, Jadi Pilihan Sebagai Duta Jenama Antarabangsa
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Jenama Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin unggul tatkala beberapa pemain JDT kini mula diangkat menjadi duta pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa.

Antara tonggak JDT yang menjadi pilihan jenama-jenama ini ialah Matthew Davies, Akhyar Rashid dan Aidil Zafuan Abd Radzak.

Pertahanan sensasi JDT, Matthew Davies telah dilantik menjadi duta sebuah aplikasi permainan bola sepak antarabangsa iaitu eFootball 2023 . Beliau dalam satu hantarannya di Instagram mengajak seluruh peminat bola sepak untuk mencuba dan bermain permainan itu. Para peminat eFootball juga berpeluang untuk menggunakan Matthew Davies dalam ‘Dream Team’ pilihan mereka.

Advertisements

Sayap lincah JDT, Muhammad Akhyar bin Abdul Rashid pula kini menjadi duta kepada produk ubat gigi iaitu Colgate. Dalam perkongsiannya di Instagram, Akhyar berkongsi keterujaan dan tips penjagaan gigi yang baik pada setiap hari dengan menggunakan Colgate Total. Akhyar menyeru semua peminatnya untuk mencuba dan berkempen bersama Colgate Total.

Kapten pasukan JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak pula menjadi duta kepada sebuah jenama minuman tenaga, Predator Drink yang membantu untuk mengekalkan fokus sepanjang hari. Predator Energy Drink merupakan sebuah jenama di bawah syarikat terkemuka iaitu Coca-Cola. Aidil turut mengajak semua pengikutnya menyertai peraduan yang dianjurkan Predator Drink dan setiap penyertaan berpeluang memenangi hadiah.

Kejayaan demi kejayaan yang dipahat Harimau Selatan hari ini berjaya menarik minat pelbagai jenama dan syarikat antarabangsa untuk jalin kerjasama dengan JDT.

Advertisements

Pemerkasaan jenama JDT ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada kelab namun turut membuka mata syarikat-syarikat terkemuka untuk bekerjasama dengan barisan pemain JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram