Barisan Pemain Kedah 2023 Bakal Dimuktamadkan Oktober
Dunia
Tan Sri Dr. Daud Bakar
Advertisements

Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka membuat persediaan awal bagi musim hadapan selepas mempamerkan aksi kurang konsisten pada musim ini.

Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menjelaskan bahawa bulan Oktober merupakan bulan yang sangat padat buat pasukan Kedah dengan terpaksa mengharungi lima perlawanan dalam masa dua minggu.

Selain kepadatan jadual yang terpaksa diharungi, Dr Daud juga memberitahu bahawa skuad Kedah musim hadapan bakal dimuktamadkan pada bulan Oktober.

Advertisements

“Bulan Oktober amat istimewa kepada saya. Juga bulan yang mencabar. Di bulan Oktober juga, Kedah Darul Aman FC ada lima siri perlawanan. Semuanya dalam masa 2 minggu sahaja. Semoga semua pemain bersedia minda dan badan.

“Bulan Oktober juga adalah bulan memuktamadkan senarai barisan pemain untuk Kedah Darul Aman FC bagi sesi 2023. Sebuah bulan yang menuntut kebijaksanaan dan keberanian yang tinggi.

“Setiap satu keputusan perlu ada tanggungjawab. Kalau tidak berani ambil tanggungjawab, jangan buat apa-apa keputusan,” luah Dr Daud di laman Facebook milik beliau.

Advertisements

Kedah akan meneruskan saingan Liga Super dengan bertemu Petaling Jaya City FC (PJ City) pada esok sebelum berdepan cabaran sukar menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 4 Oktober depan. Kedah kini berada di tangga ke-6 Liga Super dengan dibezakan dua mata dengan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) di tangga ke-5.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram