Bayaran Levi Hampir RM50,000, Zamsaham Gembira Dapat Bantu Kitaran Ekonomi Di Kelantan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Tidak semua pemilik kelab bola sepak yang mahu berkongsi berkenaan situasi kewangan kelab kepada para penyokong. Namun tidak bagi pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham.

Jika sebelum ini beliau pernah berkongsi berkenaan jumlah tajaan pada musim akan datang dan juga beliau turut berkongsi mengenai keuntungan buat Kelantan FC. Terkini, Zamsaham mendedahkan bayaran levi yang dibayar kepada Perbadanan Stadium Kelantan.

“Berikut adalah bayaran yg dibayar oleh Kelantan FC kepada Perbadanan Stadium Kelantan bagi perlawanan menentang Kuching FC,UITM FC dan JDT ll. Total bulan Julai 2022 , bayaran levi adalah sebanyak RM 47,940.21.

Advertisements

“InshaAllah tahun depan saya jangkakan Levi sahaja boleh mencecah RM1juta bila perlawanan di Liga Super,” jelas Zamsaham dalam muatnaik terbaru di laman Facebook milik beliau

Dalam masa yang sama, Zamsaham turut meluahkan rasa lega kerana selepas stadium mula dibuka, ramai peniaga terutamanya di sekeliling stadium mendapat manfaat dan keuntungan.

“Apabila stadium dibuka kesan ekonomi bukan sahaja dirasa oleh ramai peniaga-peniaga kecil disekeliling Stadium,tetapi pada Kerajaan Negeri melalui Stadium Kelantan juga dapat manfaat.Makanya disitulah putaran sihat sebuah sistem ekonomi sehingga cukai tahunan,” jelas Zamsaham lagi.

Advertisements

Sebelum ini, Zamsaham memberi perkhabaran baik apabila beliau mendedahkan bulan Julai 2022 ini merupakan bulan pertama pasukan Kelantan FC menjana keuntungan sejak beliau mengambil alih pada September 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram