Bayern Munich Gantung Sadio Mane
Eropah
MakanBola
Euro Sport
Advertisements

Kelab gergasi Liga Jerman, Bayern Munich membuat keputusan untuk menggantung pemain sensasi pasukan, Sadio Mane.

Tindakan tegas ini diambil oleh barisan kepimpinan kelab terhadap bintang Senegal ini selepas kekalahan memalukan 3-0 kepada Manchester City.

Advertisements

Pemain berusia 31 tahun ini dilaporkan bertelagah dengan seorang lagi rakan sepasukan, Leroy Sane selepas berlaku salah faham di atas padang.

Kedua-dua pemain ini dilaporkan bertengkar selepas beberapa gerakan yang tidak menjadi untuk menembusi gawang gol City.

Advertisements

Keadaan bertambah buruk apabila Mane dilaporkan telah menumbuk muka Sane sehingga menyebabkan bibir pemain kelahiran Jerman itu terkoyak.

Menerusi laporan daripada BILD Sport, Bayern Munich telah mengambil keputusan untuk menggantung pemain tersebut sehingga notis berikutnya.

Advertisements

Ini bakal menjejaskan masa depan bekas bintang Liverpool untuk terus beraksi di pentas tertinggi bola sepak Eropah selepas ini.

Advertisements

News Comments Account