Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel kini mula merasai ketiadaan Kim Min-jae dibahagian pertahanan pasukan.
Bayern Munich kini mengalami krisis kecederaan pemain pertahanan dan terkini Dayot Upamecano terpaksa dikeluarkan pada awal babak kedua setelah mengalami kecederaan otot paha.
Eric Dier kemudian melakukan debut pertama buat The Bavarians apabila masuk menggantikan Upamecano dalam perlawanan tersebut.
Seorang lagi pertahanan tengah, Tarek Buchmann turut mengalami kecederaan dan kini meninggalkan Matthijs de Ligt serta Eric Dier selaku pemain pertahanan tengah yang cergas sepenuhnya.
De Ligt yang mudah tercedera dan Eric Dier yang baru sahaja menyertai kelab dari Tottenham menyebabkan barisan pertahanan tengah Bayern sedikit goyah dipertengahan liga.
Kim Min-jae ketika ini bersama skuad Korea Selatan yang bersaing di Piala Asia Qatar dan dijangka pulang pada awal Februari kelak. Ketiadaan Kim Min-jae sememangnya dirasai apabila pemain itu merupakan pemain utama dan telah bermain 15 perlawanan liga musim ini.
Malah Thomas Tuchel gemar menggandingkan Kim Min-jae bersama Dayot Upamecano dan kerap kali meletakkan De Ligt selaku pilihan kedua.
Selain Upamecano, Joshua Kimmich dan Konrad Laimer turut mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Union Berlin. Bayern kini ketiadaan pemain pertahanan kanan setelah Noussair Mazraoui masih cedera.
Bayen Munich perlu mengharungi tiga perlawanan liga menentang Augsburg, Bayern Monchengladbach dan Bayern Leverkusen tanpa kelibat Kim Min-jae.
Skuad kendalian Thomas Tuchel juga berada ditangga kedua Bundesliga setelah ketinggalan 4 mata daripada pendahulu liga, Bayern Leverkusen sekali gus memberikan lebih tekanan buat pasukan Bayern.
Sementara itu Kim Min-jae bakal membantu Korea Selatan menghadapi Malaysia dalam aksi ketiga kumpulan E Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung di Stadium Al Janoub.