BBC Sport Persoal Penalti JDT, Cadang Malaysia Gunakan VAR

mfl/bbc sport
Alif Syazani
@SyazaniAlif
6:57am 05/09/2022

Media daripada Eropah, BBC Sport mempersoal keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika aksi menentang Selangor sabtu lalu.

Ianya menarik perhatian media tersebut kerana mereka menganggap tiada sentuhan yang dilakukan oleh pertahanan Selangor, Yazan Al-arab terhadap Arif Aiman ketika dalam kotak penalti.

“Bagaimana penalti itu diberikan?

“Nampaknya Liga Super Malaysia boleh lakukan dengan VAR,” menerusi satu hantarannya di Facebook.

Dalam pada itu, BBC Sport merasakan Liga Malaysia harus menggunakan Video Assistant Referee (VAR) untuk mendapatkan keputusan yang tepat.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri, Selangor 1-1 JDT yang berlangsung di Stadium MBPJ.