Bekas Bintang Barcelona Disiasat Terlibat Jenayah Bola Sepak
Dunia
Forum Makutano
Advertisements

Legenda Barcelona, Samuel Eto’o kini disiasat pihak berkuasa Cameroon atas dakwaan mengatur perlawanan divisyen dua di negara itu.

Akhbar The Guardian melaporkan Eto’o yang menggalas peranan sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Cameroon (Fecafoot) sejak akhir tahun 2021 didakwa memanipulasi perlawanan membabitkan kelab Victoria United.

Ini selepas pihak berkuasa Cameroon menerima rakaman suara beliau dan pemilik Victoria, Valentine Nkwain bahawa keputusan perlawanan akan diatur bagi membantu kelab itu. Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan itu suara mereka dalam rakaman berkenaan.

Advertisements

Berita ini timbul selepas sekumpulan penggiat bola sepak Cameroon termasuk bekas pegawai Fecafoot menghantar satu surat kepada Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), Patrice Mostepe.

Mereka mendakwa Eto’o sudah hilang kelayakan memimpin organisasi itu susulan pelbagai kontroversi yang membelenggu dirinya termasuk menyerang seorang wartawan ketika Piala Dunia 2022.

Advertisements

“Tiada satu perkataan pun yang datang dari FIFA di sebalik pelbagai aduan dan peringatan daripada penggiat bola sepak Cameroon.

“Bagaimana FIFA boleh berdiam diri dengan semua skandal ini yang menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap etika kesukanan dan keikhlasan dalam perlawanan,” kata surat berkenaan.

Advertisements

Satu siasatan telah dibuka CAF terhadap Eto’o sejak bulan lepas tetapi belum ada perkembangan baru yang muncul berkenaan kes berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram