Advertisement
Bekas Bintang Barcelona Kini Penyokong Tegar Liverpool
UEFA Champions League
MakanBola
Leo Jose

Ramai penyokong Liverpool kecewa melihat pasukan mereka teruk diaibkan Real Madrid 5-2 awal pagi tadi. Salah seorang yang merasa kecewa dengan keputusan itu ialah bekas pemain tengah Barcelona dan Chile, Arturo Vidal.

Ramai penyokong Real mendapati bekas pemain tengah Bayer Leverkusen itu meraikan gol pembukaan tuan rumah pada minit keempat menerusi Darwin Nunez.

Liverpool kemudiannya menambah jaringan menerusi Mohamed Salah 10 minit selepas itu. Bagaimanapun, dari situ, Los Blancos bangkit menerusi dua gol Vinicius Junior, dua gol Karim Benzema dan satu gol tandukan Eder Militao.

Ramai penyokong Reds percaya dukungan Vidal terhadap pasukan mereka didorong oleh kebencian terhadap Real Madrid. Ini disebabkan Vidal pernah beraksi bersama Barca termasuk dalam perlawanan El Clasico yang dianggap perlawanan terbesar La Liga setiap musim.

Selain Barcelona dan Bayer Leverkusen, Vidal juga pernah beraksi untuk Inter Milan, Bayern Munich dan Juventus. Kini, dia beraksi bersama kelab Brazil, Flamengo.