Advertisements
Bekas Import JDT Beri Bayangan Akan Kembali
Liga Super
MakanBola
Goal

Tiada angin tiada ribut namun baru-baru ini, bekas penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT) dan PKNS FC, Gabriel Guerra memberi bayangan akan kembali ke pentas bola sepak Malaysia. Ianya juga dipercayai sebagai destinasi terakhir sebelum persaraan.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh penyerang berusia 30 tahun itu di laman instagram rasmi beliau. Di dalam postingan tersebut, Guerra memuatnaik foto beliau ketika menyarung jersi JDT dan PKNS beberapa tahun yang lalu.

“Satu lagi percubaan. Untuk tarian terakhir saya. Ayuh pergi!,” coret Guerra di laman Instagram beliau semalam.

https://www.instagram.com/p/Cqe-YbNOqoC/

Untuk rekod, Guerra pernah beraksi bersama JDT untuk musim 2017 secara pinjaman dari kelab gergasi Argentina, Boca Juniors. Guerra juga membantu skuad Harimau Selatan memenangi saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Selepas meninggalkan JDT pada 2017 beliau pulang ke Argentina sebelum kembali ke Malaysia dengan menyarung jersi PKNS pada musim 2019. Namun jodoh bersama PKNS hanya kekal untuk satu musim sahaja sebelum beliau pulang ke Argentina semula.

Pada 2020, Guerra dipercayai telah sekali lagi kembali ke Malaysia untuk beraksi bersama Sarawak United yang pada ketika itu dilatih oleh E. Elavarasan. Namun begitu, hasrat beliau untuk beraksi di Malaysia pada musim tersebut hancur berkecai selepas Liga Malaysia dihentikan gara-gara penularan wabak Covid-19.