Bekas Jurulatih Borussia Dortmund Sah Kemudi Persija Jakarta
Dunia
Persija Jakarta
Advertisements

Bekas Jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Doll kini sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu bagi kelab Indonesia, Persija Jakarta.

Perkara ini baru sahaja diumumkan dalam laman sosial Instagram Persija Jakarta sebentar tadi tentang kehadiran jurulatih kelahiran Jerman itu.

Thomas Doll merupakan jurulatih yang sangat berpengalaman tinggi dimana beliau pernah melatih beberapa kelab gergasi Eropah iaitu Borussia Dortmund pada tahun 2007 sehingga 2008.

Advertisements

Bukan itu sahaja, jurulatih berusia 56 tahun ini pernah membawa kelabnya Hamburg SV layak ke saingan Uefa Champions League pada tahun 2005-06. Beliau berkhidmat bersama skuad senior pada tahun 2004 sehingga 2007 iaitu tiga tahun.

Kelab terakhir Thomas Doll adalah bersama kelab APOEL yang beraksi di Liga Utama Cyprus pada tahun 2019. Beliau berjaya membawa kelab tersebut ke pusingan ke-32 dalam saingan UEFA Europa League.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram