Bekas Jurulatih Dikaitkan Kembali Bimbing JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) dikaitkan kembali membimbing pasukan menjelang sepak mula tahun 2024 selain beberapa watak sedang dipertimbangkan.

Skuad Harimau Selatan membuat keputusan mengejut untuk berpisah dengan pengendali pasukan, Tano Solari sungguhpun melalui musim yang cukup cemerlang.

Jurulatih berusia 43 tahun itu membawa pasukan untuk mengekalkan 4 trofi yang dimenangi pada musim lalu iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super.

Advertisements

Menerusi pengumuman oleh Johor Southern Tigers, JDT juga membuat keputusan untuk melepaskan beberapa tonggak penting secara kekal selain pemain utama dilepaskan secara pinjaman.

Posisi jurulatih pasukan kembali hangat diperkatakan selepas beberapa calon dikaitkan untuk mengisi posisi tersebut.

Menerusi perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas ketua jurulatih, Hector Bidoglio dikaitkan untuk kembali membimbing skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25.

Advertisements

Selain itu, JDT juga sedang mengenal pasti beberapa calon berprofil tinggi untuk mengangkat martabat pasukan lebih baik pada musim hadapan.

JDT mengumumkan pengurangan perbelanjaan sekitar 40 peratus bagi musim baharu dengan beberapa pemain dan staf telah pun dilepaskan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram