Bekas Jurulatih Malaysia Kini Berkelana Di India
Bola Sepak Wanita
FA Malaysia
Advertisements

Bekas pengendali skuad bola sepak wanita Malaysia, Jacob Joseph kini berada di India selepas menerima tawaran Neroca FC.

Pengumuman ini dibuat kelab tersebut menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini.

“Dari padang Malaysia ke padang India: Jakob Joseph kini mengendalikan Neroca FC!

Advertisements

“Jakob Joseph, seorang jurulatih berpengalaman yang pernah mengetuai skuad wanita Malaysia ke arah kecemerlang, kini bersedia membawa kepakaran dan minatnya di atas padang di Neroca FC.

“Selamat datang ke babak baru kebijaksanaan bola sepak,” kata pihak kelab di Instagram.

Neroca merupakan sebuah kelab yang beraksi di I-League, divisyen dua bola sepak di India.

Advertisements

Selain Malayan Tigress, Jacob juga pernah melatih ATM, MP Muar dan UPB FC. Semasa bersama Malayan Tigress, beliau menggilap ramai pemain berbakat termasuk kapten Steffi Sarge Sidhu.

Jacob mengikut jejak beberapa jurulatih negara yang menabur bakti di negara asing. Salah seorang daripadanya ialah jurulatih penjaga gol CAHN, Azmin Azram Abdul Aziz.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram