Bekas Jurulatih Sri Pahang Jadi Halangan Besar Sabah Di Asia
AFC Cup
Mcbulls/Sabah FC
Advertisements

Sentuhan bekas jurulatih Sri Pahang bakal menjadi halangan terbesar wakil Liga Super, Sabah FC di Asia.

The Rhinos bakal berdepan jaguh Australia, Macarthur FC dalam aksi separuh akhir Piala AFC Zon Asean yang bakal berlangsung pada 13 Februari 2024.

Perjalanan Sabah bagaimanapun dilihat berdepan detik sukar apabila kepakaran bekas jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel kini menjadi halangan tatkala beliau berkhidmat buat pasukan lawan.

Advertisements

Bekas pembantu jurulatih Vietnam itu membawa haluan ke Australia dan menjadi pembantu jurulatih Macarthur FC sejak Julai 2023.

Kini, beliau kembali untuk bertemu kelab Malaysia di pentas bola sepak Asia dalam memastikan kejayaan berpihak kepada pasukannya.

Advertisements

Rekod pasukan itu amat memberangsangkan ketika ini selepas tidak tewas dalam 7 perlawanan terakhir.

Macarthur ketika ini menghuni tangga ketiga A-League selepas 17 perlawanan dengan 28 mata.

Advertisements

Sebagai rekod, pengendali kelahiran Perancis itu pernah membimbing Tok Gajah selama 6 bulan sahaja pada tahun 2021.

Pengalaman mengendalikan pasukan Liga Malaysia bakal membantu pasukannya untuk bertemu anak didik Ong Kim Swee yang menyatakan bahawa persiapan pasukan berjalan dengan rapi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram