AFC Cup: “Persiapan Sabah Seperti Dirancang” – Ong Kim Swee
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee menganggap segalanya berjalan seperti yang dirancang menjelang pertemuan dengan Macarthur FC.

The Rhinos masih membawa cabaran Malaysia apabila mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2023 zon Asean.

Sungguhpun berdepan dengan lawan yang cukup hebat, bekas pengendali kebangsaan itu optimis untuk memastikan pasukannya memberikan yang terbaik untuk meraih kemenangan.

Advertisements

Beliau juga mahu memastikan segala perancangan yang diatur dapat berjalan seperti yang diharapkan.

“Kami sudah tiba di sini sejak tiga hari lalu. Cuaca di sini juga amat baik, segalanya berjalan seperti yang dirancang.”

Advertisements

“Namun begitu, saya merasakan dalam keadaan ini, Macarthur dalam keadaan yang lebih baik berbanding kami (Sabah). Kami masih dalam keadaan tenang namun sudah pasti perlawanan ini bukan mudah untuk kami.”

Kim Swee merasakan aksi liga yang tamat lebih awal juga tidak membantu persiapan Sabah menjelang pertemuan ini.

Advertisements

“Ya sudah tentu ia tidak mudah apabila liga sudah berhenti Disember lalu dengan lawan tidak tewas dalam 7 perlawanan terakhir,” ujarnya dalam sesi sidang media.

Aksi Macarthur dan Sabah akan berlangsung pada jam 3 petang di Stadium Sukan Campbelltown tatkala pemain sayap sensasi, Saddil Ramdani mungkin tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram