Bekas Jurulatih Wolverhampton Jatuh Cinta Dengan Malaysia, Jual Nasi Lemak Setiap Pagi
Dunia
latimin keman/CCO
Advertisements

Oluwashola Yaya Olukosi seorang individu yang mungkin tidak dikenali ramai namun beliau mempunyai latar belakang bola sepak yang sangat hebat.

Menurut satu hantaran di Facebook Universiti Malaya, individu ini lebih dikenali sebagai ‘Brother’ Yaya seorang penjual Nasi Lemak yang fasih berbahasa melayu berniaga di Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya.

“Saya dilahirkan di Lagos, Nigeria dan sudah berada di Malaysia sejak 2010. Sudah lebih 8 tahun saya bekerja dengan Nasi Lemak Tanglin,” kata Yaya.

Advertisements

Ramai tidak menyangka bahawa Brother Yaya ini sebenarnya memiliki sijil diploma kejurulatihan termasuklah UEFA B Licence yang melayakkan beliau untuk menjadi ketua jurulatih kelab amatur atau penolong jurulatih kelab profesional.

Beliau merupakan bekas jurulatih Wolverhampton bagi pasukan bawah 12 & 13 tahun dan pada ketika itu beliau turut melanjutkan pengajian dia di Salford College dan Manchester dalam bidang kejurulatihan bola sepak.

“Saya pernah jadi jurulatih untuk pasukan bawah 12 dan 13 tahun di Wolverhampton Wanderers, semasa berada di United Kingdom dahulu,” dipetik daripada Facebook Universiti Malaya.

Advertisements

Alasan utama Yaya berkelana di Malaysia adalah untuk mencari pengalaman dan peluang dalam bidang kejurulatihan di Asia Tenggara selepas mendengar nasihat daripada gurunya ketika di UK.

“Tiba masa untuk mengumpul maklumat mengenai Malaysia, saya terus jatuh cinta dengan dua gambar iaitu Kuil Batu Caves dan Menara Berkembar Petronas. Tanpa membuang masa, saya buat keputusan untuk berhijrah ke sini.

Beliau juga menganggap Malaysia adalah syurga makanan dan sebagai seorang muslim, baginya mudah untuk menikmati makanan halal yang pelbagai jenis.

Advertisements

“Sebagai seorang Muslim, saya rasa seperti berada di syurga makanan! Walaupun bukan makanan Melayu, saya tetap boleh menikmati pelbagai jenis makanan, baik makanan Cina, India, dan dari seluruh pelosok dunia, kerana pasti terdapat versi yang halal di sini.

Tambah Brother Yaya, beliau mahu membawa tradisi Nasi Lemak ini ke negara asalnya Nigeria jika semua keadaan kembali stabil. Beliau akui amat mudah dan teruja untuk menjalinkan hubungan bersama masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

“Bukan setakat bekerja di lokasi penghasilan makanan kegemaran saya; tetapi juga peluang untuk mendekati masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, namun disatukan oleh makanan yang disayangi.

Advertisements

“Mungkin ini satu konsep yang boleh saya bawa balik ke negara saya satu hari nanti, bila keadaan kembali pulih,” katanya dipetik daripada hantaran FB Universiti Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram