Bekas Pemain Buriram United, Kevin Ingreso Perkuat Sri Pahang

the asean football
Alif Syazani
@SyazaniAlif
9:01pm 30/05/2022

Bekas pemain Buriram United, Kevin Ingreso sah sertai pasukan Sri Pahang secara pinjaman daripada kelab BG Pathum United bagi baki saingan Liga Super 2021/22.

Sebelum ini, pemain berusia 29 tahun ini beraksi di Liga Utama Thailand bersama Samut Prakan City juga secara pinjaman daripada BG Pathum United.

Namun, beliau hanya membuat sebanyak 10 penampilan bersama pasukan tersebut.

Pemain kelahiran Filipina ini pernah mewakili pasukan gergasi Thailand iaitu Buriram United pada tahun 2019 sehingga 2021 dan beliau berjaya beraksi sebanyak 34 perlawanan serta 3 jaringan sepanjang 3 tahun di sana.

Pengalaman yang dimilikinya ketika beraksi di Liga Utama Thailand pasti ditagih oleh jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel bagi saingan musim kedua Liga Super 2021/22.