Bekas Pemain Buruan Manchester United Sepak Penalti Ke Langit
Eropah
Southampton FC
Advertisements

Bekas sasaran Manchester United, James Ward-Prowse merasa malu apabila sepakan penalti yang diambilnya melambung ke langit.

Peristiwa itu berlaku dalam perlawanan persahabatan pra-musim membabitkan Southampton dan kelab Turki, Goztepe semalam.

Dengan keputusan 1-0 memihak kepada tuan rumah pada babak pertama, The Saints mendapat peluang menyamakan kedudukan pada babak kedua selepas Sekou Mara dijatuhkan dalam kotak penalti.

Advertisements

Ward-Prowse yang dikenali peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pakar sepakan percuma diberi amanah mengambil sepakan penalti berkenaan.

Malangnya, kapten Southampton itu tergelincir sekaligus mengakibatkan sepakan penalti yang diambil melambung ke sebelah tepi gol Goztepe.

Ward-Prowse yang kecewa dengan kegagalannya terduduk seketika di atas padang sebelum kembali meneruskan permainan. Beliau bernasib baik apabila The Saints berjaya mengikat Goztepe 1-1 pada akhir perlawanan.

Advertisements

Di media sosial, ramai peminat bola sepak tidak kering gusi melihat sepakan penalti tersebut diambil dan meminta Ward-Prowse kekal sebagai pakar sepakan percuma.

Pengurus baru Southampton, Russell Martin berharap perkara ini tidak berulang apabila saingan Liga Kejohanan bermula pada Ogos ini.

Sebelumnya dikaitkan dengan Red Devils, Ward-Prowse dijangka tidak kekal lama di Stadium St Mary selepas dikaitkan dengan perpindahan ke West Ham United.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram