Bekas Pemain Chelsea Jadi Mangsa Tragedi Gempa Bumi Di Turki
Dunia
Pulse Ghana
Advertisements

Bekas pemain Chelsea, Christian Atsu antara salah seorang mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian gemba bumi yang sedang melanda Turki.

Pemain kelahiran Ghana itu pernah beraksi di EPL beberap musim lalu bersama beberapa buah kelab sebelum berpindah ke Turkiye menyertai Hatayspor.

Menerusi beberapa laporan yang diterima, Atsu dan beberapa ahli pasukan baharunya terpaksa diselamatkan oleh pakar selepas gempa bumi melanda.

Advertisements

Ketika ini, Atsu dan pengarah sukan Hatayspor, Taner Savut masih gagal ditemui di bawah runtuhan.

Gempa bumi melanda dengan kuat di Kahramanmaras, tempat Hatayspor berpusat sekaligus menyebabkan misi pencarian diteruskan.

Nasib pemain berusia 31 tahun kekal menjadi tanda tanya tatkala keadaan kacau-bilau menyukarkan langkah berikutnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram