Bekas Pemain JDT Ini Dikesan Beraksi Untuk Dua Pasukan Dalam Satu Masa
Liga M4
Johor Southern Tigers
Advertisements

Agak aneh di dalam bola sepak profesional, seorang pemain beraksi untuk dua kelab dalam masa yang sama. Tetapi perkara tersebut bukanlah sesuatu yang aneh dalam liga amatur.

Itu yang terjadi kepada bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC, Rozaimi Rahman yang baru-baru ini telah dikesan beraksi untuk dua pasukan berbeza dalam dua liga yang berbeza dalam satu masa yang sama.

Bagi musim 2023, Rozaimi dilihat beraksi untuk kelab dari Sarawak, Machan FC dalam saingan Piala Al-Ikhsan 2023 bagi Liga M4. Selain beraksi untuk Machan, Rozaimi juga dikesan beraksi untuk kelab yang berpangkalan di Sabah iaitu Tenang FC. Tenang FC kini bersaing dalam Liga M5.

Advertisements

Selain Rozaimi, bekas pemain Penang FC dan skuad kebangsaan, Azzizan Nordin juga melakukan apa yang dilakukan Rozaimi. Lebih menarik, Azzizan juga beraksi untuk Machan FC dan juga Tenang FC. Kelab yang sama disertai Rozaimi.

Machan FC kini berada di tangga teratas Zon 3 Piala Al-Ikhsan dan mereka belum pernah tewas setakat ini. Tenang FC yang beraksi di Vligue juga memimpin carta dengan mengumpul 6 mata penuh selepas mencatatkan dua kemenangan pada dua aksi yang telah diharungi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram