Advertising
Bekas Pemain Perak, Luka Milunovic Sarung Jersi Kelab Serbia
MakanBola
FK Vozdovac

Bekas penyerang Perak FC, Luka Milunovic kembali beraksi bersama kelab divisyen dua Serbia, FK Vozdovac.

Selepas meninggalkan The Bos Gaurus pada Disember lalu, ramai penyokong tertanya-tanya kelab mana yang bakal menjadi pilihan penyerang berusia 32 tahun itu.

Ad

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila Vozdovac mengumumkan perpindahan bekas pemain Sabah FC itu laman media sosial rasmi mereka baru-baru ini.

Ad

“Luka Milunovic ialah pemain baru Vozdovac️. Pemain tengah yang berpengalaman akan memakai jersi kami sekali lagi setelah menjadi sebahagian daripada The Dragons pada musim 2018-19.

“Kreativiti dan pengalamannya akan memberi rangsangan besar kepada pasukan. Selamat kembali, Luka!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Milunovic bukan asing dengan Vozdovac kerana pernah beraksi untuk kelab berkenaan dari 2018 hingga 2019 sebelum berkelana ke Malaysia.

Ad

Bekas penyerang Perak itu bukan satu-satunya rekrut terbaru The Dragons. Selain Milunovic, Vozdovac turut merekrut Aleksa Broceta, Nikola Ralic dan Uros Petrovic.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments