Dunia
armin_97
Advertisements

Bekas pemain Selangor, Armin Maier meluahkan rasa kecewa dan sedih melihat apa yang sedang menimpa bekas kelabnya Selangor FC sekarang.

Beliau juga dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon apabila meletakkan emoji ‘tepuk dahi’ di laman story Instagram miliknya.

Skuad Res Giants yang tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super itu bagi Armin bukanlah kesilapan daripada pemain tetapi kesilapan individu tertentu yang mengendali kelab tersebut. 

Advertisements

Beliau turut mempersoalkan kenapa pasukan yang pernah berada di atas tidak dapat memperagakan aksi yang cemerlang dalam setiap perlawanan. 

“Sedih melihat apa yang berlaku sekarang di bekas kelab saya Selangor FC. Pada pendapat saya ia tiada apa-apa lakukan dengan pemain tetapi dengan individu tertentu yang memimpin kelab,” luahan Armin di laman story Instagram miliknya.

Advertisements

“Soalan harus ditanya mengapa kumpulan yang begitu berbakat pemain tidak dapat membuat persembahan yang terbaik dari kemampuan mereka,” jelasnya.

image 17 Bekas Pemain Selangor Bersuara Sekali Lagi

Sejurus tamat perlawanan kelmarin, pasukan Selangor tewas 0-1 kepada pasukan Petaling Jaya City, ultras pasukan berkenaan kemudiannya berhimpun secara aman di perkarangan Stadium MBPJ turut meluahkan kekecewaan beramai-ramai.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram