Bekas pemain import Sri Pahang FC, Zesh Rahman kini membula lembaran baharu dalam bidang kejurulatihan apabila dilantik selaku pembantu jurulatih bersama kelab di Eropah, Portsmouth FC.
Beliau yang pernah menyarung jersi Tok Gajah pada era kegemilangan pasukan itu merupakan watak penting yang mmebawa kepada pelbagai kejayaan yang diraih oleh Pahang ketika itu.
Pemain kelahiran England-Pakistan ini beraksi selama hampir tiga musim di Malaysia sebelum membawa diri kembali ke England untuk beraksi bersama Gillingham FC.
Rahman yang berada dalam barisan kejurulatihan kelab diberi tanggungjawab untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Danny dan juga Nick Cowley.
Beliau akan menjadi pembantu jurulatih kepada Simon Bassey bagi mempersiapkan pasukan menjelang pertembungan dengan pasukan EPL, Tottenham Hotspurs hujung minggu ini.
Ketua eksekutif Andrew Cullen berkata: “Kami amat berterima kasih kepada Simon kerana menawarkan diri dan kepada Lorenzo dan Joe atas sokongan berterusan mereka.”
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Zesh Rahman yang menambah pengalaman lagi, baik sebagai bekas pemain dan jurulatih Lesen Pro UEFA yang berkelayakan kerana bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kejurulatihan sementara,” jelasnya.
Portsmouth kini berada pada tangga ke-12 di Liga Satu England selepas mengharungi 22 perlawanan musim ini.