Nepal mengumumkan senarai 30 pemain bagi menghadapi Malaysia dalam aksi pertama Kelayakan Piala Asia dengan diketuai oleh bekas pemain Terengganu-Team (T-Team).
Pengumuman pemain ini dibuat menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal (ANFA) yang menyaksikan 30 pemain dipanggil oleh jurulatih, Matt Rose.
Seramai 5 orang penjaga gol, 11 orang pertahanan, 8 orang pemain tengah dan juga 6 orang penyerang akan dibawa The Gorkhalis untuk dua perlawanan penting pada bulan Mac ini.
Salah satu nama yang menarik perhatian sudah pasti adalah Rohit Chand yang pernah menyarung jersi pasukan T-Team (kini dikenali sebagai Terengganu II) pada awal musim 2016 yang lalu.
Walau bagaimanapun, Rohit hanya sempat beraksi dalam aksi pra-musim sebelum mengalami kecederaan lutut kiri dan memaksa T-Team ketepikan pemain tengah ini selama 8 bulan.
Setelah 8 bulan berehat, Rohit dilaporkan kembali ke Nepal untuk menyertai kelab Mayang Marshyangdi Club sebelum berkelana ke Indonesia bersama Persija dan Persik Kendiri sehingga kini.

Kelibat Rohit dijangka menjadi nadi di bahagian tengah untuk skuad Nepal ketika menghadapi satu aksi persahabatan dan perlawanan sulung Kelayakan Piala Asia menentang Malaysia.
Nepal akan berdepan Singapura pada 21 Mac ini sebagai aksi pemanas badan sebelum menentang Harimau Malaya dalam perlawanan pertama pada 25 Mac di Stadium Sultan Ibrahim.
Senarai 30 pemain Nepal.
Penjaga gol: Kiran Kumar Limbu, Bishal Sunar, Deep Karki, Abhishek Baral, Anjal Shrestha.
Pertahanan: Ananta Tamang, Tshering Lama, Rohit Chand, Bimal Panday, Sanish Shrestha, Randip Poudel, Sumit Shrestha, Anjan Rai, Abhishek Limbu, Aashish Gurung, Ashok Khawas.
Pemain tengah: Laken Limbu, Rohan Karki, Mani Lama, Bharat Khawas, Arik Bista, Manish Dangi, Ayush Ghalan, Kritish Ratna Chhunju.
Penyerang: Gillespye Jung Karki, Anjan Bista, Samir Tamang, Dinesh Henjan, Subash Thakuri Bam, Nirajan Dhami.