Bekas Penyerang JDT, Diogo Luis Santo Bakal Tinggalkan Thailand

IG Diogo Luis Santo
Nabil Fahmi
@nabilfamy
2:31pm 25/09/2022

Bekas penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini beraksi di Thailand bersama BG Pathum United, Diogo Luis Santo dikhabarkan akan mencari angin baharu pada musim akan datang.

Perkara itu dikongsikan oleh Diogo sendiri di laman Instagram miliknya. Diogo membayangkan bahawa musim ini bakal menjadi musim terakhir beliau di Thailand.

Perkongsian daripada Diogo di Instagram Story milik beliau,

Diogo dilabel sebagai pemain import yang paling berjaya di dalam sejarah bola sepak di Thailand. Namun musim ini bukanlah musim terbaik buat Diogo apabila hanya berjaya mencetak 2 gol daripada 14 perlawanan yang diharungi.

Diogo sebelum ini pernah menggegarkan dunia bola sepak Thailand sebagai seorang penyerang yang sangat tajam di hadapan gol selepas berjaya meledak 119 gol daripada 139 penampilan bersama pasukan Buriram United.

Ketajaman yang dimiliki Diogo itu mengundang kepada perpindahan pemain dari Brazil itu dibeli oleh pasukan gergasi bola sepak Malaysia iaitu JDT. Difahamkan pembelian itu bernilai 1.3 juta pound sterling dan Diogo turut beraksi cemerlang di JDT dengan berjaya meledak 18 gol dalam 37 penampilan.

Nama Diogo pasti akan diingati oleh penyokong bola sepak di Thailand sebagai seorang penyerang yang paling tajam yang pernah dimiliki liga mereka.