Bekas Penyerang Kelantan Jadi Taruhan Mohun Bagan Berdepan KL City
Dunia
The Red Warriors
Advertisements

Bekas penyerang Kelantan FC dikhabarkan bakal jadi taruhan Mohun Bagan dalam pertembungan separuh akhir inter-zon nanti.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah bekas penyerang kebangsaan Australia iaitu Dimitri Petratos yang kini beraksi bersama kelab India tersebut.

Pemain berusia 29 tahun ini memiliki pengalaman yang cukup luas di peringkat Asia setelah berkelana bersama beberapa kelab elit di Asia.

Advertisements

Beliau yang pernah memilih untuk beraksi di Malaysia bersama The Red Warriors pada tahun 2012 sudah pasti memiliki pengetahuan tentang pasukan yang berada di Liga Malaysia.

Petratos yang ketika itu masih beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun Australia sekali lagi bakal bertemu dengan wakil dari Malaysia iaitu KL City FC dalam usaha mara ke pentas akhir.

Walau bagaimanapun, bekas anak didik Bojan Hodak sudah pasti mahu memberikan yang terbaik sambil jurulatih kelahiran Croatia itu waspada dengan ancaman Petratos.

Advertisements

“Saya pernah melatih beliau ketika masih muda dan saya lihat potensinya sebagai seorang pemain yang berkualiti.”

Beliau juga yang berada dalam senarai akhir 23 orang pemain yang akan mewakili Australia nanti sudah pasti menjadi ancaman utama buat KL City.

“Kini, beliau sudah pun menjadi seorang pemain bintang dan sudah pasti impaknya sangat besar untuk membantu pasukan.”

Advertisements

The City Boys turun di tempat lawan dengan misi besar untuk menjulang nama Malaysia dan juga kelab di pentas berprestij tersebut buat julung kalinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram