Bekas Setiausaha KFA Anggap Tagline Sanusi Menyedihkan
Dunia
Persatuan Bolasepak Kedah
Advertisements

Selepas melalui empat kekalahan berturut-turut, Kedah Darul Aman FC akan turun menentang Terengganu FC malam ini di Stadium Darul Aman.

Namun disebalik siri kekalahan yang berterusan menimpa pasukan Kedah, bekas Setiausaha Kerhormat Perstauan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris melihat ada beberapa isu yang menjadi perhatian selepas kekalahan 1-4 Kedah kepada JDT tempoh hari.

Antara persoalan yang dibangkitkan adalah penalti dalam perlawanan tersebut dan juga tagline yang digunakan oleh Presiden KFA, Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi bin Md Nor.

Advertisements

Bagi Asmirul, penalti yang diberikan seolah seperti acara wajib yang perlu ada dalam setiap permainan. Mana-mana permainan akan di sulami dengan penalti. Jumlah yang agak besar juga merujuk kepada kesalahan yang acap kali sering berlaku.

“Apakah pemain sengaja melakukannya? Atau adakah pengadil seringkali terkhilaf?,” soal Asmirul.

Manakala menyentuh isu tagline yang digunakan Sanusi iaitu ‘Kalah Takpa Jangan Koyak’, Asmirul merasakan bahawa tagline tersebut seperti merestui deretan kekalahan yang menghantui pasukan Kedah sejak empat perlawanan yang lepas.

Advertisements

“Tagline #KalahTakPaJanganKoyak bukanlah pemangkin semangat untuk pasukan mahupun penyokong. Kebiasaannya peminat serta penyokong menggunakan tagline #PulunKedahPulun atau pun kata keramat #BiarJasaJadiKenangan.

“Ayat tersebut amatlah menyedihkan seolah merestui kekalahan demi kekalahan setiap perlawanan. Apatah lagi setelah mengalami kekalahan empat perlawanan berturut-turut,” luah Asmirul lagi di laman Facebook rasmi beliau.

Asmirul menyandang jawatan Setiausaha Kehormat KFA semasa Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir menjadi presiden KFA pada tahun 2018. Beliau meletakkan jawatan pada Mei 2020 susulan peralihan kerajaan negeri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram