Benitez: Mengurus Everton Satu Kesilapan
EPL
Jon Super/AP
Advertisements

Bekas pengurus Everton, Rafa Benitez mengakui menerima tawaran sebagai pengurus kelab tersebut merupakan satu kesilapan.

Ini disebabkan oleh hakikat beliau pernah bergelar pengurus musuh setempat mereka, Liverpool.

Akibatnya, Benitez tidak dapat membuat beberapa perubahan di Goodison Park kerana bimbang dituduh melakukan perubahan drastik terhadap Toffees.

Advertisements

Semasa ditemubual Football Daily, beliau berkata, “Saya fikir kita boleh menambahbaik semua aspek dari segi staf, jabatan-jabatan dan pasukan.

“Saya fikir kita dapat membantu membuat semua penambahbaikan ini. Ianya satu tempoh yang baik dari segi pengalaman tetapi memalukan pada masa sama.

“Anda hanya perlu melihat konteks. Bila mereka (Everton) membuat tawaran, saya tahu mereka (penyokong) akan berkata, ‘Anda pernah mengurus Liverpool’ dan itu akan jadi masalah.

Advertisements

“Saya mempunyai ramai kawan yang menyokong Everton, mereka tahu saya berusaha sehabis mungkin dan cuba menambahbaik kelab.

“Saya tahu ini kerja yang sukar tetapi disebabkan saya pernah mengurus Liverpool, mungkin saya tidak membuat beberapa keputusan yang patut dilakukan dari awal lagi.”

Benitez yang menguruskan Reds dari 2005 hingga 2010 dilantik sebagai pengurus Toffees pada musim panas 2021 menggantikan Carlo Ancelotti.

Advertisements

Bagaimanapun, apabila Everton terjerumus dalam zon penyingkiran EPL selepas kalah sembilan kali dalam 13 perlawanan, beliau dipecat oleh pemilik kelab Farhad Moshiri.

Benitez kemudiannya digantikan oleh bekas pengurus Chelsea, Frank Lampard dan berjaya membantu Toffees terselamat daripada penyingkiran EPL pada akhir musim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram