fbpx

Benjamin Mendy Telah Dikeluarkan Daripada FIFA 22

mancity

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain bola sepak Manchester City, Benjamin Mendy telah disisihkan buat sementara daripada permainan video FIFA 22 diatas pertuduhan seksual yang berlaku keatas beliau pada Ogos lepas.

Penerbit Eurogamer telah mengeluarkan pemain berusia 27 tahun itu dari status FIFA 22 serta kad Ultimate juga ditarik oleh kerana sistem permainan itu sedang dikemaskini. 

Hal ini terjadi kerana pemain kelahiran Perancis itu dituduh atas empat tuduhan rogol dan satu tuduhan melibatkan serangan seksual yang didakwa berlaku sekitar bulan Oktober 2020 dan Ogos 2022 yang lalu. 

Dalam pada itu, kelab Manchester City juga mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan bahawa Mendy telah dikenakan hukuman gantung oleh kelab sementara menunggu siasatan lanjut diteruskan. 

“Kerana Benjamin Mendy telah dikeluarkan dari daftar aktif kedua Manchester City dan pasukan kebangsaan Perancis. Dalam FIFA 22 nama beliau juga telah dikeluarkan dan ditangguhkan dari muncul dalam paket FIFA Ultimate Team (FUT) dan Ultimate Draft,” kata EA kepada Eurogamer.

Menurut Eurogamer, ini bukan kali pertama EA mengeluarkan pemain dari permainan video itu. Pada tahun 2016, penerbit pernah mengeluarkan bekas pemain bola sepak Adam Johnson dari Manchester City setelah beliau didapati bersalah melakukan aktiviti seksual dengan seorang gadis berusia 15 tahun. 

Namun, nama Mendy secara umumnya tidak akan dikeluarkan daripada permainan FIFA 22 sepenuhnya.