Benjamin Mora Dulu Dipersoal, Kini Cipta Fenomena
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Benjamin Mora membuktikan kemampuan sebenar apabila menjadi individu yang berjaya membawa kejayaan buat pasukan JDT hari ini.

Kemenangan bersejarah JDT keatas kelab dari Korea, Ulsan Hyundai telah melayakkan pasukan Johor Darul Ta’zim ke pusingan kedua saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022. Percaturan Benjamin Mora yang menggunakan formasi 3-4-3 telah membuahkan hasil.

Taktikal tersendiri yang dipertaruhkan Mora dengan meletakkan Davies, Shahrul dan Lowry di benteng pertahanan serta Arif, Bergson dan Forestieri di bahagian serangan telah melengkapkan malam gemilang buat JDT.

Advertisements

Gandingan Afiq Fazail, Corbin Ong dan Leandro pula memberi tonik tambahan buat pasukan dalam mengekang setiap asakan pemain Ulsan Hyundai.

Nama Benjamin Mora kini kembali meniti di bibir peminat bola sepak serata Asia atas usaha kerasanya bersama pasukan, akhirnya JDT mencipta sejarah baharu buat arena bola sepak Malaysia. 

Benjamin Mora sebelum ini pernah dikritik hebat para penyokong JDT atas beberapa kegagalan sebelum ini. Mora turut menerima tamparan hebat setelah JDT terkandas awal dalam saingan ACL musim lepas dan kekalahan Harimau Selatan di pentas Final Piala Malaysia ketika menentang Kuala Lumpur.

Advertisements

Bagaimanapun begitulah asam garam sebagai juralatih bola sepak. Sering dikritik, dikeji dan dimarahi ketika pasukan yang dibimbingnya tewas dan berada pada prestasi tidak menentu. Kini Mora telah menjadi saksi bahawa komitmen dan usaha keras akan menatijahkan kepada kejayaan.

Jurulatih yang sebelum ini hanya berperanan sebagai pengurus JDT 2, telah dinaikkan pangkat menjadi pengendali skuad utama JDT dan beliau buktikan bahawa beliau mampu melahirkan ramai bakat baharu dalam bola sepak JDT khususnya dan Malaysia secara umumnya.

Pengendali berusia 42 tahun itu akui masih tidak percaya dengan kemenangan yang telah dilakar Johor Darul Ta’zim. Beliau menjelaskan bahawa beliau amat berbangga dengan pencapaian pasukan.

Advertisements

“Kami tidak pernah berhenti percaya, pasukan Korea tentunya gergasi Asia, separuh akhir pada 2021 dan juara pada 2020 dan kini kami keluarkan mereka dari kejohanan.”

“JDT cuma sebuah kelab kecil dari Johor, jadi saya amat berbangga,” katanya kepada Bernama pada sidang media selepas perlawanan.

Tangisan air mata Mora setelah kemenangan bergaya malam tadi telah menggambarkan perasaan sebenar jurulatih daripada Mexico itu. Bangga, sebak dan terharu dengan pencapaian tersendiri dan kejayaannya bersama pasukan. Tahniah dan terus cemerlang Benjamin Mora.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram