Benjamin Mora: JDT Ada Dua Pemain Tengah Terbaik Dalam Liga
Dunia
Instagram: @goal.com
Advertisements

Setelah mengharungi kemenangan dalam tujuh perlawanan berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah selangkah untuk menjulang kejuaraan Liga Super musim ini.

Ini juga tidaklah menjadi satu perkara yang menghairankan apabila melihat Benjamin Mora tersenyum lebar dengan prestasi pasukannya ketika ini.

Para pemain Harimau Selatan juga berjaya mempersembahkan taktikal ampuh di atas padang selain membentuk corak permainan bola sepak yang cukup senang dimainkan.

Advertisements

Jurulatih kelahiran Mexico ini juga dengan gembira memberitahu wartawan, bahawa kemenangan 2-0 ke atas Sabah membantu pasukannya berada di posisi terbaik untuk menjulang trofi seterusnya.

Penyerang sensasi JDT, Bergson Da Silva menjadi duri dalam daging buat pasukan kendalian Kurniawan Dwi Yulianto apabila meledak 2 gol pada minit ke-18 dan 21.

Sambil itu, Mora menjelaskan kepada The Star, bahawa objektif utama JDT adalah untuk mengekalkan konsistensi untuk memenangi kesemua perlawanan yang berbaki musim ini.

Advertisements

“JDT dalam landasan terbaik untuk memenangi kejuaraan. Kami akan pastikan bahawa trofi Liga Super akan berada di Johor.”

“Tapi sebelum itu, kami perlu mencapai objektif kami untuk memenangi setiap perlawanan. Kami juga telah memenangi tujuh perlawanan berturut-turut dan berharap dapat mengekalkan rentak ini.”-The Star.

Ketika ini, JDT telah mengumpul 45 mata, 8 mata memisahkan mereka dengan pasukan tangga kedua liga iaitu Terengganu.

Advertisements

Tambah pengendali berusia 42 tahun itu, kemenangan bertemu Sabah tempoh hari menjadi mudah kerana JDT mempunyai dua pemain tengah terbaik iaitu Leandro Velasquez dan Safiq Rahim.

Beliau menyifatkan kedua-dua pemain ini sebagai dua pemain yang paling cerdas dalam Liga Super.

“Leo (Velasquez) dan Safiq ialah dua pemain yang sangat bijak. Bahkan, mereka ialah pemain yang paling pintar dalam Liga Super.”

Advertisements

“Mereka berdua saling memahami dan juga memberi kestabilan kepada pasukan ini. Mereka juga sentiasa konsisten untuk membantu jentera serangan pasukan.”

“Safiq sungguhpun semakin meningkat usia, namun beliau menggunakan pengalamannya dengan sangat baik.”

Mora juga secara terbuka menyatakan penghargaannya buat pemain yang memakai jersi no.10 di JDT itu.

” Saya amat menyukai Leo. Beliau pemain yang sempurna, boleh mengawal jentera tengah dengan baik, melakukan hantaran-hantaran tepat dan menjadi aset buat kami ketika dalam situasi sepakan percuma dan penalti.” -Ujar Mora.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram