Dunia
Foto Facebook Johor Southern Tigers
Advertisements

Perak FC serba tidak kena pada musim ini apabila pasukan tersebut terperosok ke tangga 11 liga selepas mengharungi 16 perlawanan. Kali terakhir pasukan Perak menang dalam saingan liga adalah pada awal Mei lalu dan kini gawang mereka telah dibolosi sebanyak 31 kali.

Pada awal musim ini, penyokong Perak dikejutkan dengan berita pemergian ketua jurulatih, Mehmet Durakovic dan kemudian pasukan dilanda isu masalah gaji dalam kalangan pemain. Ini menyebabkan beberapa pemain utama Perak seperti Shakir Hamzah, Nazirul Naim, De Paula, J Partiban dan Kenny Pallraj meninggalkan pasukan termasuk kapten mereka, Shahrul Saad.

Walaupun Perak telah mula mempamerkan aksi longlai sejak awal musim, namun prestasi benteng pertahanan Perak semakin merudum selepas pemergian Shahrul Saad diikuti dengan Shakir Hamzah dan Nazirul Naim.

Advertisements

Perak hanya melepaskan 11 gol dalam 8 perlawanan liga ketika Shahrul Saad diturunkan. Sewaktu beliau tidak diturunkan pada bulan April menentang Uitm, Selangor, Kedah dan Melaka United ekoran kecederaan, pasukan Perak telah bolos sebanyak 7 kali. Malah Perak berjaya merekodkan 3 cleansheet ketika bertemu PJ City dan Pahang.

New Project 5 Benteng Perak FC Makin Rapuh Tanpa Kelibat Shahrul Saad
Rekod perlawanan Shahrul Saad bersama Perak musim ini

Selepas penghijrahan Shahrul Saad ke JDT, Perak telah dibolosi 13 gol hanya dalam 4 perlawanan. Malah Perak dibelasah oleh Terengganu dan JDT sebanyak 5-0. Rekod turut menunjukkan paling banyak Perak dibolosi dalam sesebuah perlawanan pada musim ini adalah 3 gol sewaktu Shahrul Saad turun beraksi.

Kini, Shahrul Saad yang juga merupakan pemain pertahanan negara telah menyertai JDT pada akhir Mei lalu diikuti rakan sepasukannya, De Paula. Namun ketika ini Shahrul Saad masih menjalani rawatan setelah mengalami kecederaan sewaktu beraksi bersama Perak.

Advertisements

Walaupun pemergian Mehmet dan beberapa pemain utama turut memberikan kesan, namun bahagian pertahanan paling terjejas ketika ini tambahan pula Shahrul Saad merupakan kapten pasukan dan telah beraksi bersama Perak sejak 2016. Perak kini gagal mencatat kemenangan semenjak pemergian Shahrul.

Perak perlu bangkit dalam baki 6 perlawanan bagi mengelakkan pasukan tersebut jatuh ke Liga Premier.

Perak kini berada dalam prestasi yang membimbangkan walaupun pasukan ini pernah menjuarai Piala Malaysia 2018 dan menamatkan liga di tangga ke-5 pada musim 2020 lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram