Berbaju Melayu Ke Ratchaburi, Penyokong Safawi Rasid Kongsikan Pengalaman Ke Thailand
Asia Tenggara
Ratchaburi & CEO on Tour
Advertisements

Gelagat penyokong Malaysia yang hadir memberikan sokongan kepada pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid namun tindakannya beliau memakai baju Melayu tampil mencuri perhatian.

Menerusi satu perkongsian daripada sebuah akaun Youtube yang diberi nama CEO on Tour, beliau merakamkan gelagat penuh keterujaan selepas melangkah ke perkarangan stadium.

Video yang berdurasi 4:30 saat itu memaparkan ringkasan perjalanan beliau untuk melihat aksi bintang Harimau Malaya itu yang beraksi secara pinjaman di Thailand.

Advertisements

Bermula ketika saat bas Ratchaburi sampai ke perkarangan stadium, beliau sempat menyapa Safawi sebelum perlawanan termasuklah melihat sesi pemanas badan sebelum aksi tersebut.

Pertembungan antara Ratchaburi menentang Buriram itu menyaksikan individu ini berpeluang untuk menerima jersi yang dipakai oleh Safawi dan turut bergambar bersamanya.

Beliau juga kelihatan berpuas hati apabila usaha gigihnya hadir ke stadium membuahkan hasil.

Advertisements

Namun begitu, ketika ini tempoh pinjaman pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini sudah pun tamat dan pulang ke Malaysia untuk memulakan haluan baharu.

Jendela perpindahan kedua bagi Liga Malaysia akan mula dibuka pada bulan Julai dengan khaabar angin bertiup kencang bahawa pemain berusia 26 tahun ini sedang dirisik oleh dua kelab dari Pantai Timur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram