Bergson Anggap Pengorbanannya Untuk JDT Istimewa & Luar Biasa
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva akui hampir menitiskan air mata kerana beliau anggap pergorbanannya untuk JDT sangat istimewa. 

Beliau menjelaskan hanya orang yang terdekat sahaja yang tahu tujuan utama untuk beraksi dalam setiap perlawanan. 

Penyerang yang berusia 31 tahun itu menyatakan perkara ini sangat luar biasa bagi beliau dan berharap pasukan JDT mengekalkan momentum untuk layak ke pentas akhir. 

Advertisements

“Saya hampir menangis kerana hanya saya, keluarga dan orang-orang di dalam kelab ini yang tahu betapa bersungguhnya saya untuk bermain dalam perlawanan ini.”

“Ini adalah luar biasa, saya tak mampu cakap apa-apa yang penting kami layak ke separuh akhir.” katanya dalam temubual bersama MFL.

Selain itu, kemunculan pemain yang berasal dari Brazil ini juga sedikit sebanyak telah memberi nilai tambah buat jentera serangan JDT yang dilihat sukar untuk digugat buat mana-mana pasukan ketika ini.

Advertisements

Selepas ini, JDT akan bertemu Penang dalam separuh akhir Piala FA pada 5 Ogos 2022 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram