Peminat bola sepak umumnya seakan berpihak kepada jawapan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva.
Pemain berusia 33 tahun itu muncul wira ketika membantu skuad Harimau Selatan menundukkan jaguh Korea, Ulsan HD dengan keputusan 3-0.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh laman Johor Southern Tigers, tonggak JDT ditanya mengenai posisi yang paling mudah dimainkan dalam sesebuah pasukan.
Sebilangan pemain seperti Park Jun-hong, Murilo Henrique dan Jorge Obregon menyebut posisi seperti penyerang, pemain tengah bertahan dan lain-lain, Bergson tampil dengan jawapan berbeza.
“Posisi paling mudah? Penyerang,” kata Murilo.
Oscar Arribas dan Shane Lowy berpendapat bahawa posisi pemain tengah bertahan adalah posisi paling mudah dimainkan dalam pasukan.
Bergson bagaimanapun menganggap bahawa tiada posisi yang mudah untuk dimainkan dalam bola sepak.
“Tak ada posisi yang mudah dalam bola sepak. Setiap posisi susah dan sangat mencabar.
“Kalau posisi yang paling sukar, saya boleh katakan ialah penyerang,” kata peledak kelahiran Brazil.
Penyerang utama JDT itu kini mendahului carta penjaring terbanyak Liga Super dengan 16 gol dalam 11 penampilan sahaja.